Maklumat diri saya

Nama saya Nusin Bin Ahap. Dilahirkan pada 22 Mei 1981 di Kampung Bingkongan Kota Marudu, Sabah. Berbangsa Bajau dan beragama ISLAM. Kini menetap Di Puchong, Selangor.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bengkongan, Kota Marudu Sabah (1988-1993). Bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu, Sabah (1994-2000). Mendapat pendidikan tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor (2001-2005) dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian.

Memulakan kerjaya dalam bidang perakaunan semenjak tamat pengajian. Kini bekerja sebagai Accounts Executive di sebuah syarikat GLC sejak Julai 2006.

Menjadi Ahli penuh Malaysian Institute of Accountant (MIA) sejak Mac 2011.

Latarbelakang keluarga:-
Telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.